15 Tips dan Cara Penjagaan Bateri iPhone Supaya Tidak Rosak ! So, untuk iPhone 6s tu, Lyssa dah pandai la jaga siket-siket kan… Alhamdulillah.
Bateri yang mudah rosak terlalu biasa berlaku bagi pengguna telefon bimbit. Pengecasan pertama bateri selama 8 jam adalah konsep yang tidak benar buat masa kini. Dan sepatutnya, jika pertama kali menggunakan handphone baru, korang kena guna sehingga habis bateri, kemudian barulah cas selama 3-4 jam. Ini boleh menyebabkan bateri telefon menjadi overheat dan kepanasan.
Kalau boleh, cuba korang elakkan dari menggunakan powerbank untuk mengecas telefon. Cuba elakkan dari mengecas telefon di dalam persekitaran suhu >35 Celcius. Ini juga salah satu kebiasaan buruk yang sering kita praktikkan. Proses mengecas normal untuk bateri modern biasa dalam 2-4 jam sahaja. Suhu udara yang panas adalah musuh utaman setiap komponen gadget/peralatan elektronik. Baik panas atau sejuk yang berlebihan boleh merosakkan komponen tersebut, termasuklah bateri.
Ketika cas phone dalam kereta, kita menggunakan port pemetik api sebagai sambungan. Voltage pada kereta sangatlah tidak stabil, terutamanya ketika kenderaan sedang bergerak dan menyebabkan arus yang masuk ke dalam bateri juga tidak stabil.
Maka, apabila korang selalu caj telefon dalam kereta, komponen bateri akan mudah rosak.
Ini juga termasuk kebiasaan buruk yang berlaku kepada beberapa pengguna iPhone.
Ada yang kata bateri akan penuh cepat, kalau kita guna adapter iPad. Jadi, itu lah antara cara dan tips untuk menjaga bateri iPhone kita supaya tida rosak.
Ok. Itu saja… Nanti Lyssa kongsikan pula cara nak jimat bateri iPhone eh !
Be First to Comment